Assalamualaikum..

ALhamdulillah kesempatan dalam sedikit kelapngan dalam perkongsian mengenai Rectification Method bagi busur berlaminasi yang terkopak macam kes dibawah.

Busur ini adalah kepunyaan salah seorang sahabat saya yg dibeli dari saya pada lebih kurang 4 tahun lepas. Secara keseluruhan kondisinya amat baik sekali.

Cuma ada sedikit masalah pada laminasi fiberglass dengan bamboo. Ianya minimal failure.

Asalnya adalah sedikit anggaran awal hanya 10mm dan bila empunya agak kurang mahir utk treatment awal jadi ianya dah melarat hampir 10cm.

Jadi apa yang yg perlu buat amat mudah sekali bagi tuan2 yang mengalami kes macam. Hanya strengthen kan dengan ikatkan tali sehingga seinci melepasi hujung crack.

Langkah 1: Pertama sekali balutkan dengan loytape sekitar tempat crack supaya epoxy yang akan kita sapu tidak melekat pada sekita permukaan limb.

Langkah 2:  Potong balutan loytape mengikut crack line.

Langkah 3: Sapukan epoxy pada tempat crack dan masukkan plastik pada limb.

Langkah 4: Balutkan (wrapped) samada menggunakan tali atau dengan tiub dalam motor terpakai pada tempat crack.

Langkah 5: Menggunakan apit G pada permulaan crack dengan kadar sederhana.

Langkah 6: Setelah setting time ( 24hours ) semua balutan boleh dibukak dan bersihkan epoxy sisa yang tertinggal.  

Untuk epoxy yang bakal dikeluarkan oleh pihak Arrouha™ setting time adalah 24hours dan achieved strength at 72hours.

Sebaiknya setelah 72 jam (3 hari) bow tersebut boleh mula dipasang tali dan digunakan.

Advertisements