Archery Bow Poundage Berapa Yang Sesuai Untuk Saya??

Satu faktor yang paling penting sekiranya ingin melamar sesebuah busur adalah Daya Berat ( Poundage ), apakah Daya Berat yang sesuai untuk anda. Pemilihan poundage yang sesuai dapat membantu postur badan yang baik, pengalaman memanah yang baik, dan akan mengurangkan tahap kesakitan dan keletihan selepas sesi latihan memanah.

Berat Badan dan Daya Berat Tarikan adalah berkait rapat dan sangat berguna untuk menentukan daya berat yang tepat. Daya berat akan berbeza sekiranya perkembangan otot anda mula meningkat melalui latihan yang berterusan.

Apakah Daya Berat ini?

Bow poundage??

Biasa kita dengar atau temui istilah ini pada situasi berikut

  • Katalog busur
  • Kedai archery
  • Penjual busur
  • Buku panduan memanah
  • Etc

Poundage adalah dinisbahkan kepada daya berat tarikan.. iaitu UNIT bagi pengiraan berat (WEIGHT).

Tulisan ringkasannya adalah Lbs

Sebagai contoh Unit Weight yg sering digunakan untuk mengukur berat,

  • Kg = Kilogram
  • Lbs = Pounds
  • MT = Metric Tonne
  • T = Short Tonne
  • Oz = Ounce
  • Gr = Grains

https://www.unitconverters.net/

Bagaimana Nak Ukur Poundage??

                                                          Bow Scale

Luggage Scale

Body Weight Scale

Manakala unit untuk pengiraan berat pada busur adalah merujuk kepada DAYA TARIKAN TALI BUSUR

Ini adalah gambarajah secara ringkas bagaimana mengukur daya berat busur.

Ianya diukur pada kadar 28″ ( B + S ) iaitu ideal panjang tarikan bagi kebanyakan orang

Kebiasaan ukuran adalah menggunakan weight scale yang khusus digunakan bagi busur.

Poundage Berubah Dari Setiap Draw Length?? 

Perlu diingatkan tarikan yang kurang dari 28″ akan menghasilkan Poundage yang lebih rendah, begitu juga tarikan melebihi 28″ akan menghasilkan Poundage yang lebih tinggi dari yang tertera di busur.
Kebanyakan busur terutama Turkish, Tatar, Crimean dan sebagainya akan menggunakan 28” sebagai indicator dan dicatatkan pada busur untuk rujukan Pemanah.
Manakala ada busur seperti Korean, Ming yang menggunakan 2 label iaitu 28″ dan 33″ ini adalah mengikut teknik tarikan seperti Korean Draw yang memerlukan panjang tarikan sehingga 33″.

Tarikan 1 Inch ~ menghasilkan 2-5lbs  ( -/+) berdasarkan bentuk busur

Anda boleh mengukur Draw Length masing2, menggunakan pembaris atau sekiranya ada Draw Length Scale adalah lebih baik.
Anda akan dapati setiap busur akan tertulis Marking (Poundage)# @ (Draw Length)”
Denote:
# = Lbs. ( Poundage )
@ = pada kadar
Untuk kanak-kanak biasanya panjang tarikan adalah sekitar 25-26Inches. Ibu bapa bole anggarkan poundage yg bersesuaian disebabkan poundage yg tertera adalah pada kadar tarikan 28Inches.
Semoga bermanfaat.

 

 

Zairol Daud

Zairol Daud, CEO kepada Arrouha Sports & Outdoors Sdn Bhd. Pereka bentuk busur yang unik dan membantu pemanah memiliki busur pertama atau busur pilihan kepada pemanah-pemanah. Hasil kajian dan pengalaman dalam bidang pembuatan busur dinukilkan didalam blog ini untuk tatapan pembaca dan sebagai rujukan.

View Comments

  • Assalammualaikum tuan, kalau panjang bow 120cm berapa panjang string ya, terima kasij.

Recent Posts

Arrouha Bengkung Silat Tradisional KULIT ASLI Untuk Latihan dan Persembahan 3 dan 4 Inci Mudah Dipakai

Bengkung Silat KULIT LEMBU ASLI KUALITI TINGGI   Arrouha kini memperkenalkan, satu-satunya bengkung silat yang…

1 month ago

Arrouha Polyster Bow Sock For Traditional Archery Bow 56Inches

  Bow Sleeve for bow length up to 56'' and diaphragm 2.5" sleeve Nice Polyster…

1 month ago

Arrouha Hungary Pakej Pemula Sukan Memanah Berkuda Tradisional Untuk Latihan Dan Pertandingan

Like the ancient Hungary Empire styles, these modern ones are made without shaft rests. So…

1 month ago

Arrouha Kepaze Turkish Pakej 20lbs Busur Pemula Sukan Tradisional Memanah Sekolah Rendah

A "kepaze" in Turkish archery is a special, lightweight bow used for training, and also light…

1 month ago

Arrouha Bengkung Silat PU Leather Untuk Latihan 3Inches dan 4inches Pelekat Velcro Mudah Dipakai

Bengkung Silat Arrouha kini memperkenalkan, satu-satunya bengkung silat yang diperbuat daripada Kulit Tiruan (Pu Leather)…

1 month ago

Arrouha Vegetan Genuine Leather Un-Dye Traditional Armguard For Archery

  Arrouha Traditional Vegetable-Tanned (Vegetan) Genuine Leather Archery Arm Guard Made of good quality price…

1 month ago

This website uses cookies.