Berita Harian : Memanah Hidupkan Sunnah

 

Memanah asalnya bukanlah sejenis sukan atau riadah, tetapi aktiviti itu dipercayai sudah wujud sejak zaman prasejarah sebagai carfa survival masyarakat kuno, khususnya bagi tujuan perburuan, menghadapi musuh dalam perperangan dan melindungi diri dari pelbagai ancaman.

Selain menjadi acara sukan, aktiviti memanah semakin diminati sebagai kesinambungan daripada sunah Rasulullah SAW yang disandarkan daripada sirah Baginda serta Sahabat yang menjadikannya sebagai aktivit riadah.

Malah pasukan perang pada zaman Rasulullah SAW juga terdiri daripada kumpulan pemanah seperti dikisahkan dalam perang Badar dan Uhud sehingga lahirnya pemanah handalan seperti Rafi Khadij dan Sa’ad Abi Waqqash.

Daripada Saidina Sa’ad Abi Waqqash, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Belajarlah memanah kerana ia adalah permainan terbaik untuk kamu.”(Riwayat Bazzar dan Tabrani).

Panah Dewasa, Kanak-kanak

Di Malaysia, memanah masih dianggap sukan baharu atau aktiviti riadah yang mula dikomersialkan sejak 2 tahun kebelakangan ini.

Namun, semakin ramai menunjukkan  minat terhadap sukan yang menguji kemahiran dan kesabaran itu.

Menyedari ia satu Sunnah yang kaya pelbagai manfaat, tiga sahabat iaitu Mohd Zaironizam Daud, Muhammad Nazim Ghani, Mas Ilmi Masri menubuhkan Arrouha Sports & Outdoors yang mensasarkan pelbagai alatan memanah hasil buatan tangan yang berkualiti tinggi.

Mohd Zaironizam ketika ditemui Ibrah berkata, mereka menghasilkan sendiri alatan dan aksesori memanah gaya tradisional yang sesuai untuk seisi keluarga daripada kanak-kanak hingga dewasa.

“Kami hasilkan alatan memanah daripada busur, anak panah, sehingga kepada aksesori lain yang sesuai digunakan untuk semua peringkat usia”.

Mohd Zaironizam Daud  

Pemilik Bersama Arrouha Sports & Outdoors

Kanak-kanak seawal usia empat tahun ada yang sudah berjinak-jinak dalam sukan ini,” katanya.

Tambahnya, memanah juga baik bagi menerapkan akhlak dan disiplin tinggi dalam kalangan pemainnya. Ia melatih individu bersabar dan mengawal emosi supaya menjadi lebih tenang.

Apabila emosi pemanah tertekan, panahan amat mudah tersasar.

Busur atau alat pelancar untuk melepaskan anak panah adalah alatan utama dan busur tradisional keluaran Arrouha™ diperbuat daripada bahan mudah lentur iaitu gentian kaca serta buluh bagi memberi impak berkesan pada kelajuannya apabila tali panah ditarik dan dilepaskannya.

Terdapat tiga pilihan busur iaitu X-One berinspirasikan busur Turki dengan reka bentuk moden dan terkini.

Busur Anak Awan pula kebiasaannya digunakan oleh pemanah berkuda kerana saiznya lebih kecil dan kompak, sekali gus memudahkan pergerakan ketika beraksi di atas kuda.

Ringan, lasak dan mempunyai variasi corak menarik adalah tarikan kepada busur Lela Kenchana.

Ia disyorkan kepada kanak-kanak, manakala bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan sukan memanah, busur Jati Tunggal lebih mudah dikendalikan.

Pemegang busur dibahagian tengah biasanya diperbuat daripada kayu tahan lasak seperti resak, cengal dan balau.

Memanah gaya tradisional kebiasaannya mengikut naluri yang mana bahagian depan anak panah disandar ke atas belakang tangan atau ibu jari pemanah dengan cara menarik serta melepaskan jari tangan.

 

Visit Us Now :

Arrouha Sports and Outdoors (002299215-T)

No 22, Jalan Mutiara 4/2, Tmn Sri Nanding, 43100 Hulu Langat, Selangor
Zairol Daud

Zairol Daud, CEO kepada Arrouha Sports & Outdoors Sdn Bhd. Pereka bentuk busur yang unik dan membantu pemanah memiliki busur pertama atau busur pilihan kepada pemanah-pemanah. Hasil kajian dan pengalaman dalam bidang pembuatan busur dinukilkan didalam blog ini untuk tatapan pembaca dan sebagai rujukan.

Recent Posts

Arrouha Bengkung Silat Tradisional KULIT ASLI Untuk Latihan dan Persembahan 3 dan 4 Inci Mudah Dipakai

Bengkung Silat KULIT LEMBU ASLI KUALITI TINGGI   Arrouha kini memperkenalkan, satu-satunya bengkung silat yang…

1 month ago

Arrouha Polyster Bow Sock For Traditional Archery Bow 56Inches

  Bow Sleeve for bow length up to 56'' and diaphragm 2.5" sleeve Nice Polyster…

1 month ago

Arrouha Hungary Pakej Pemula Sukan Memanah Berkuda Tradisional Untuk Latihan Dan Pertandingan

Like the ancient Hungary Empire styles, these modern ones are made without shaft rests. So…

1 month ago

Arrouha Kepaze Turkish Pakej 20lbs Busur Pemula Sukan Tradisional Memanah Sekolah Rendah

A "kepaze" in Turkish archery is a special, lightweight bow used for training, and also light…

1 month ago

Arrouha Bengkung Silat PU Leather Untuk Latihan 3Inches dan 4inches Pelekat Velcro Mudah Dipakai

Bengkung Silat Arrouha kini memperkenalkan, satu-satunya bengkung silat yang diperbuat daripada Kulit Tiruan (Pu Leather)…

1 month ago

Arrouha Vegetan Genuine Leather Un-Dye Traditional Armguard For Archery

  Arrouha Traditional Vegetable-Tanned (Vegetan) Genuine Leather Archery Arm Guard Made of good quality price…

1 month ago

This website uses cookies.