Wan Nur Ameera Meor Rozman
bisnes@hmetro.com.my

Hulu Langat: Arrouha Sports & Outdoors (ASO), pengeluar busur tradisional tempatan merancang menampilkan satu lagi rekaan busur diinspirasikan daripada busur empayar Korea pada Disember ini.

Pengasas Bersamanya, Mohd Zaironizam Daud berkata, pengeluaran pelbagai jenis busur oleh ASO mengikut kesesuaian cuaca Malaysia adalah tepat setanding perkembangan sukan memanah tempatan.

“Setakat ini, kami mempunyai empat jenis busur termasuk Jati Tunggal yang khusus untuk pemain baru, Lela Kenchana untuk kanak-kanak serta Anak Awan untuk orang dewasa.

“Busur ASO mempunyai keunikan tersendiri kerana ia diperbuat daripada kayu-kayan tempatan antaranya kayu Cengal, Resak, Nyatuh dan Balau hasil kemahiran kerja tangan,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Bersama kedua ASO, Muhammad Nazim Ab Ghani berkata, pihaknya sentiasa memastikan kualiti busur keluaran syarikatnya di mana setelah gentian kaca dan kayu disatukan menggunakan gam khas, busur perlu dibiarkan selama tiga hingga tujuh hari untuk memastikan pengeringan berlaku dengan sempurna.

“Busur Anak Awan yang dihasilkan daripada gentian kaca mempunyai reka bentuk khusus untuk pemanah berkuda, Lela Kenchana yang ringan dan mempunyai corak warna menarik sesuai untuk kanak-kanak berusia seawal empat tahun manakala Jati Tunggal dengan reka bentuk moden pula didatangkan dengan ciri ringan, lasak dan berwarna-warni.

“Dengan kepelbagaian busur yang ditampilkan, kami menyasarkan penjualan busur tersebut berada dalam pasaran Malaysia dan luar negara sebelum akhir tahun,” katanya.

Sementara itu, Mas Ilmi Masri yang turut merangkap Pengasas Bersama ASO berkata, pihaknya merancang memasarkan busur keluaran ASO ke beberapa negara lain termasuk Indonesia dan Thailand sebelum penghujung tahun ini.

“Bagi menampung permintaan tinggi, kami berhasrat berpindah ke kilang lebih besar dengan keluasan 3,200 kaki persegi berbanding 900 kaki persegi untuk menghasilkan 3,000 unit busur dalam tempoh seminggu berbanding 500 unit untuk saiz kedai sedia ada.

“Busur kami yang dijual pada harga mampu milik bernilai antara RM160 sehingga RM590 boleh dibeli secara terus di bilik pameran kami mahupun menerusi laman sosial Facebook Arrouha Sports and Outdoors,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 September 2016 @ 7:12 AM

Zairol Daud

Zairol Daud, CEO kepada Arrouha Sports & Outdoors Sdn Bhd. Pereka bentuk busur yang unik dan membantu pemanah memiliki busur pertama atau busur pilihan kepada pemanah-pemanah. Hasil kajian dan pengalaman dalam bidang pembuatan busur dinukilkan didalam blog ini untuk tatapan pembaca dan sebagai rujukan.

Recent Posts

Arrouha Pelapik Ibu Jari Kulit Ergonomik Asli Vegetan Dan Carzy Horse Tebal Untuk Memanah Tradisional

  Arrouha™ Pelindung Ibu Jari Pelindung Ergonomik Kulit Asli Kini pihak kami menyediakan Pelindung Ibu…

4 weeks ago

Arrouha Waterproof Archery Bow Sleeve For Traditional Bow

Archery Bow Sleeve made of high-quality canvas polyster material, the outer is rainproof and waterproof,…

4 weeks ago

Archery Genuine Crazy Horse Leather Thumb Guard Arrouha

Arrouha™ Protective Thumb Guard Enjoy your ERGONOMIC Thumbguard for archery thumb draw with functional fit…

4 weeks ago

Arrouha Bengkung Syahbandar Tradisional Sukan Memanah dan Busana Melayu

🔥 BENGKUNG TRADISIONAL SYAHBANDAR – STYLE PAHLAWAN, HARGA BERBALOI! 🔥 Nak nampak segak, gagah &…

4 weeks ago

Arrouha Bengkung Silat Tradisional KULIT ASLI Untuk Latihan dan Persembahan 3 dan 4 Inci Mudah Dipakai

Bengkung Silat KULIT LEMBU ASLI KUALITI TINGGI   Arrouha kini memperkenalkan, satu-satunya bengkung silat yang…

6 months ago

Arrouha Polyster Bow Sock For Traditional Archery Bow 56Inches

  Bow Sleeve for bow length up to 56'' and diaphragm 2.5" sleeve Nice Polyster…

6 months ago

This website uses cookies.