Memanah suatu ketika dahulu lebih kepada tujuan memburu haiwan dan juga peperangan. Ia dianggap senjata merbahaya malah boleh membunuh. Kita hanya membaca dan menonton filem sedangkan kita sendiri tidak pernah mencuba apa itu memanah. Tak kenal maka tak cinta. Sudah cuba susah untuk dilupa.
Disebabkan dengan ini, Arrouha Sports and Outdoors yang diuruskan oleh 3 sahabat iaitu Mohd Zaironizam Bin Daud, Muhammad Nazim Bin Abdul Ghani dan Mas Ilmi Bin Masri mengambil peluang memperkenalkan Arrouha™ sebagai sukan memanah dalam keadaan santai dan menghiburkan bukan lagi sebagai senjata memburu.
Bermula pada 2012, mereka bertiga yang mempunyai hobi yang sama iaitu memanah nekad membuat busur dan alat memanah sendiri yang mempunyai ciri-ciri keselamatan mengikut kesesuaian budget rakyat Malaysia untuk memulakan sukan memanah. Pihak Ar Rouha™ menampilkan busur tradisional dan juga busur berkonsepkan “simplicity” dengan rekabentuk yang unik dan inovatif.
Menyedari permasalahan ini, pihak Ar Rouha™ telah menubuhkan syarikat Ar Rouha™ dan mula membuat kaji selidik mengenai teknik-teknik pembuatan busur yang sering digunapakai oleh pemanah-pemanah. Ar Rouha™ merupakan salah satu daripada nama busur Rasulullah SAW yang bermaksud ‘wangian’.
Dalam proses mendalami tentang pembuatan busur panah, Ar Rouha™ telah ke beberapa buah Negara untuk mengetahui dan mempelajari teknik pembuatan busur setiap negara masing-masing. Alat memanah bukanlah sesuatu yang murah lebih-lebih lagi ianya terpaksa diimport dari luar negara dan sukan ini masih jauh ketinggalan berbanding sukan paintball. Harga pasaran didunia mencapai sehingga USD3000 bergantung kepada kualiti busur.
Ini menjadikan syarikat yang mempunyai visi misi ke arah “ Satu orang Satu Busur ” membuat peralatan memanah sendiri malah jauh lebih baik dari yang dibeli import. Ianya ringan, mudah dibawa, tahan lasak dan tidak mudah patah bagi menjadikan aktiviti memanah sebagai gaya hidup “lifestyle’’ sihat untuk masyarakat masa kini.
Ar Rouha™ mensasarkan golongan remaja dan belia yang aktif bersukan malah mendidik mereka sebagai latihan fokus ketika mensasarkan objek. Sukan ini boleh dimain pada bila-bila masa, dipadang dan didalam dewan. Sukan ini lebih menjimatkan dari sukan paintball kerana ‘peluru’ nya boleh dipakai berulang kali.
Ar Rouha menawarkan anda 4 jenis pilihan eksklusif iaitu
Busur Turkish X One – Rekabentuk yang berkonsepkan busur Turkish
Rentas Penchala – Rekabentuk yang berkonsepkan busur Monggol
Anak Awan – Rekabentuk kompak yang khusus untuk pemanah-pemanah berkuda. Saiz yang lebih kecil dari busur biasa dan mudah dikendalikan sewaktu memanah sambil menunggang kuda.
Lela Kenchana – Rekabentuk tradisional khusus untuk anak-anak yang berusia seawal 4 tahun. Ringan, lasak dan mempunyai corak warna yang amat menarik.
Jati Tunggal – Rekabentuk moden khusus untuk permulaan memanah dan juga sebagai pilihan yang mendapat sambutan tinggi sebagai busur latihan. Ringan, lasak dan mempunyai corak warna yang amat menarik.
Ar Rouha™ dibuat menggunakan kayu juga bahan yang berkualiti tinggi. Semuanya dibuat sepenuhnya di Malaysia menggunakan kemahiran kerja tangan yang amat berkualiti dalam berkarya. Pemilihan kayu yang berkualiti yang tahan lasak untuk diletakkan dibahagian hujung busur yang dinamakan siyah dan ditengah sebagai pemegang. Antara kayu tempatan yang digunakan adalah seperti Resak , Balau dan Cengal .
Penyediaan gentian kaca khusus
Daya tarikan pada setiap busur ditentukan dengan kadar ketebalan lengan busur. Busur perlu ditimbang untuk keseimbangan busur. Ujian ketahanan dilaksanakan untuk memastikan busur berada ditahap yang dikehendaki.
Varnish pada kayu siyah menaikkan lagi corak kayu Kemasan dengan menggunakan kulit asli juga fabrik khusus yang menarik pada lengan dan gagang. Tali busur adalah dari tali khusus yang dipintal untuk menampung daya tarikan setiap busur. Inilah keunikkan Ar Rouha™. Ianya yang pertama di Malaysia.
Dibuat halus dengan buatan tangan dan diuji sebelum dipasarkan dan tertakluk dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 (Laws of Malaysia – Sports Development Act 1997) yang tidak memerlukan permit dan lesen dari mana-mana pihak berwajib. Jadi tidak perlu lagi risau untuk mencuba.
Pihak Ar Rouha™ juga bukan sekadar membuat dan memasarkan malah melatih bagi setiap orang yang minat mencuba sukan memanah. Dengan latihan juga tunjuk ajar dari yang berpengalaman, ianya menjadikan sukan memanah lebih menyeronokkan dan tidak sukar untuk mencuba.
No 22, Jalan Mutiara 4/2, Tmn Sri Nanding, 43100 Hulu Langat, Selangor
YOU ARE AWESOME!!!
Like the ancient bows, these modern ones are made without arrow rests. So will be…
Quiver Belt is made of top quality of PU Leather with double rusty O-RIng for…
Like the ancient bows, these modern ones are made without arrow rests. So will be…
This leather arrow quiver works only as side/hip quiver that can be carried on right…
Exclusive Archery Turkish Bow Special Pu Leather Pillow Cushion 40x40cm Archery Turkish Bow Pillow Case…
Special Leather Wonderbond Adhesive is widely used solvent based sprayable contact adhesive in the making…
This website uses cookies.
View Comments