Archery Asian

Panahan Azham harumkan Malaysia

 

https://www.sinarharian.com.my/article/57537/BERITA/Sukan/Panahan-Azham-harumkan-Malaysia

PESERTA negara Azham Affif, 37, mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya mengungguli pingat emas pada Festival Memanah Berkuda Akinci Toyu di Turki baru-baru ini.

Anak kelahiran Pulau Pinang yang kini menetap di Shah Alam itu menunjukkan prestasi cemerlang melalui kategori Tabla Turkish Track yang merupakan format rasmi pertandingan itu.

Seramai 31 peserta membabitkan 27 peserta tempatan, tiga dari Malaysia manakala masing-masing tiga dari Indonesia dan Denmark telah bersaing dalam empat kategori yang dipertandingkan.

Peserta Malaysia ditaja oleh Motaf Travel & Tour sempena ekspedisi Turkish Horseback Archery Course yang berlangsung selama dua hari bermula 9 November lalu.

Program itu mendapat kerjasama Kelab Memanah Berkuda ‘Balikesir Akincilari Atli Okculuk ve Spor Kulubu’ yang telah menganjurkan festival pada penghujung musim luruh sempena kursus istimewa itu.

Sementara itu, Azham ketika ditemui hari ini bersyukur dan gembira kerana dapat mengharumkan nama negara

sekali gus mengembangkan kebolehannya dalam dunia memanah berkuda sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Terima kasih diucapkan kepada semua guru saya khususnya Master Enis Yurdakok, keluarga dan teman seperjuangan yang sentiasa menyokong aktiviti saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Azham turut menjadikan kejayaannya sebagai pembakar semangat untuk terus serius dalam sukan itu.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/57537/BERITA/Sukan/Panahan-Azham-harumkan-Malaysia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

 

Semasa ketibaan di KLIA

Alhamdulillah ada cenderahati dari Turkey.. 🙂

 

Call / Whatsapp 

Zairol Daud

Click now +60192781829

zairo@arrouha.my

Arrouha Sports & Outdoors Sdn Bhd (1231824-U)

No 22, Jalan Mutiara 4/2, Taman Sri Nanding

43100 Hulu Langat, Selangor

www.arrouha.my

Zairol Daud

Zairol Daud, CEO kepada Arrouha Sports & Outdoors Sdn Bhd. Pereka bentuk busur yang unik dan membantu pemanah memiliki busur pertama atau busur pilihan kepada pemanah-pemanah. Hasil kajian dan pengalaman dalam bidang pembuatan busur dinukilkan didalam blog ini untuk tatapan pembaca dan sebagai rujukan.

Recent Posts

Arrouha Bengkung Silat Tradisional KULIT ASLI Untuk Latihan dan Persembahan 3 dan 4 Inci Mudah Dipakai

Bengkung Silat KULIT LEMBU ASLI KUALITI TINGGI   Arrouha kini memperkenalkan, satu-satunya bengkung silat yang…

1 week ago

Arrouha Polyster Bow Sock For Traditional Archery Bow 56Inches

  Bow Sleeve for bow length up to 56'' and diaphragm 2.5" sleeve Nice Polyster…

2 weeks ago

Arrouha Hungary Pakej Pemula Sukan Memanah Berkuda Tradisional Untuk Latihan Dan Pertandingan

Like the ancient Hungary Empire styles, these modern ones are made without shaft rests. So…

2 weeks ago

Arrouha Kepaze Turkish Pakej 20lbs Busur Pemula Sukan Tradisional Memanah Sekolah Rendah

A "kepaze" in Turkish archery is a special, lightweight bow used for training, and also light…

2 weeks ago

Arrouha Bengkung Silat PU Leather Untuk Latihan 3Inches dan 4inches Pelekat Velcro Mudah Dipakai

Bengkung Silat Arrouha kini memperkenalkan, satu-satunya bengkung silat yang diperbuat daripada Kulit Tiruan (Pu Leather)…

2 weeks ago

Arrouha Vegetan Genuine Leather Un-Dye Traditional Armguard For Archery

  Arrouha Traditional Vegetable-Tanned (Vegetan) Genuine Leather Archery Arm Guard Made of good quality price…

2 weeks ago

This website uses cookies.