Media

Petri Saadong The Series bersama Busur Arrouha® #petrisaadongtheseries

Assalamualaikum wbt.

Kali ni Arrouha® berjaya memikat hati Tuan Petri Saadong ..

Drama bersiri  #petrisaadongtheseries yang akan muncul dikaca tv anda sepanjang 30 episod yang menampilkan ramai pelakon terkenal baru dan juga lama..

Tuan Director : Raja Ahmad Alauddin

Penerbit : Datuk Seri Rezza Shah  ( Pelakon dan Penyanyi popular era 80an.. Ali Setan, Marah Marah Sayang, dll..)

Watak utamanya ialah Pekin Ibrahim (Sultan Abdullah) dan heroinnya Octovia Manrose

 ( Puteri Saadong), dan pelakon yang turut membintangi drama tersebut ialah Sasqia Dahuri (Paduka Cik Siti Wan Kembang), Afiq Muiz (Raja Abdul Rahim), Datuk TS Jefry (Raja Siam), Zoee Tan (Permaisuri Siam), Mustapha Kamal (Raja Loyor) dan Syed Aiman (Raja Bendahara Bahar).

Yang paling menarik drama ni menggunakan dialek kelantan sepenuhnya…dan pelakon2 nya kebanyakan orang kelate,,,

Kisah Puteri ( Petri) Saadong

Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Puteri_Saadong

Puteri Saadong atau Mariam (memerintah antara tahun 1667–1671), merupakan anak angkat kepada Cik Siti Wan Kembang, Raja Wanita Pertama negeri Kelantan. Nama penuh Puteri Saadong ialah Tuan Puteri Saadong binti Raja Loyor; juga memakai gelaran Puteri Vijaya Mala, Raja Jembal; merupakan anak perempuan Raja Loyor bin Raja Sakti, Raja Jembal.

Puteri Saadong telah dibawa oleh Cik Siti Wan Kembang ke Bukit Marak apabila ibunya meninggal dunia.[1][2] Puteri Saadong menggantikan pemerintahan ayahdanya yakni Raja Jembal pada tahun 1667, lalu Puteri Saadong ditabal sebagai Sultan Kelantan pada tahun yang sama. Baginda Puteri Saadong merupakan raja wanita ke-dua di negeri Kelantan.

Cik Siti Wan Kembang telah memperkenankan perkahwinan antara Puteri Saadong dengan sepupunya iaitu Raja Abdullah bin al-Marhum Sultan Samiruddin, Raja Kelantan-Selatan (Jembal) apabila Puteri Saadong berumur seawal usia 15 tahun.

Puteri Saadong telah ditangkap oleh tentera Siam lalu dijadikan permaisuri kepada Raja Narai, Raja Siam (kini Thailand), untuk menggantikan kehidupan suaminya. Berikutan penangkapan Puteri Saadong, Raja Abdullah mengambil pendirian untuk menunggu kepulangan Puteri Saadong, baginda Raja Abdullah tidak lagi berkahwin. Namun selepas bertahun-tahun menunggu, Raja Abdullah mengambil kepuusan untuk berkahwin lain.

Apabila Puteri Saadong telah kembali semula ke Bukit Marak untuk mencari Raja Abdullah untuk berkahwin semula. Lalu Puteri Saadong telah kecewa apabila mendapati Raja Abdullah telah berkahwin dengan wanita lain, atas perasaan amarah yang mendalam, Puteri Saadong bertekad lalu telah membunuh Raja Abdullah dengan menggunakan keris sanggul yang disemat dirambutnya.

Selepas insiden tersebut, Puteri Saadong telah meninggalkan Bukit Marak lalu hilang tanpa dijejaki lagi. Makam Raja Abdullah sehingga hari ini masih boleh dilihat dan dilawati di Padang Halban, Melor di daerah Bachok, Kelantan.

Sebagai salah satu Sponsorship untuk penyediaan props peralatan memanah dan choreographer untuk teknik-teknik memanah bagi watak2 yg menggunakan busur tradisional, kami menggembleng tenaga dgn team props utk menghidupkan lagi karektor dan movement of action untuk scene  memanah.

sesi training sebelum solat jumaat.

Close-up anak panah mengena buah tembikai…ada tembus, ada terkena sikit…ada sipi2..

Betulkan teknik kepada pelakon zalfazin

Nantikan effect dia camna dalam drama nanti..

buat hal plak Tuan Puteri cucuk mata hamba,,,

Kami berdua juga dijemput juga sebagai membawa watak panglima..scene dimana ada pertandingan memanah antara anak raja..

Antara busur yang digunakan adalah busur terbaru turkish Lang Legar , busur Tatar (masih RND), busur Melayu digunakan semasa penggambaran Ratu Kala Jengking..

Pihak kami menyediakan perkhidmatan props busur mengikut zaman, dan choreography untuk teknik memanah supaya iainya menepati teknik sebenar dan pro.

 Call / Whatsapp 

Zairol Daud

Click now +60192781829

>>> CLICK NOW!!

Zairol Daud

Zairol Daud, CEO kepada Arrouha Sports & Outdoors Sdn Bhd. Pereka bentuk busur yang unik dan membantu pemanah memiliki busur pertama atau busur pilihan kepada pemanah-pemanah. Hasil kajian dan pengalaman dalam bidang pembuatan busur dinukilkan didalam blog ini untuk tatapan pembaca dan sebagai rujukan.

View Comments

  • Puteri Sa'adong dituduh berzina semasa d siam, walhal dia xpernah di sentuh oleh raja siam. Malah puteri telah menyumpah semua rakyat termasuk raja. Sumpahan itu dizahirkan dengan terkena penyakit kulit..... Seluruh penduduk siam waktu tu kene sakit kulit termasuk raja....

Recent Posts

Arrouha Adikara Traditional Bow Package 30-40Lbs For Archery Sports

Like the ancient bows, these modern ones are made without arrow rests. So will be…

1 year ago

Quiver Belt for Traditional Archery

Quiver Belt is made of top quality of PU Leather with double rusty O-RIng for…

3 years ago

Rentas Belantara Traditional Archery Bow Package 27Lbs Compact Bow 41 Inches by Arrouha

Like the ancient bows, these modern ones are made without arrow rests. So will be…

3 years ago

Archery Leather Arrow Quiver Crazy Horse 19 Inches Depth

This leather arrow quiver works only as side/hip quiver that can be carried on right…

3 years ago

Archery Turkish Bow Special Pu Leather Pillow Cushion 40x40cm Pillow Case Decorative Vinyl Silver Sticker

Exclusive Archery Turkish Bow Special Pu Leather Pillow Cushion 40x40cm Archery Turkish Bow Pillow Case…

3 years ago

Arrouha Bowsmith Special Leather Wonderbond Contact Adhesive for Archery Purposes

Special Leather Wonderbond Adhesive is widely used solvent based sprayable contact adhesive in the making…

3 years ago

This website uses cookies.