Assalamualaikum WBT Sahabatku semua, salam Ramadhan 2019 (1440H)..
Berat Daya Tarikan Busur BUKAN pada tali??
Banyak sahabat2 saya ( customer ) yang baru bermula dalam bidang memanah ini banyak menanyakan soalan di atas.. bagi yang sudah faham alhamdulillah.. kita bantu mereka yang masih perlukan jawapannya..mudah2an mendapat pencerahan.
Setiap busur dibuat mengikut struktur nya tersendiri mengikut design dan rekabentuk bowyernya.
Setiap bowyer mempunyai formula pengiraannya tersendiri untuk mendapatkan poundage yang diingini.
Sebelum pergi lebih lanjut jom kita perhatikan perkataan berikut
Poundage adalah dinisbahkan kepada daya berat tarikan.. iaitu UNIT bagi pengiraan berat (WEIGHT).
Tulisan ringkasannya adalah Lbs
Sebagai contoh Unit Weight yg sering digunakan untuk mengukur berat,
- Kg = Kilogram
- Lbs = Pounds
- MT = Metric Tonne
- T = Short Tonne
- Oz = Ounce
- Gr = Grains
https://www.unitconverters.net/
Bagaimana mengukur Daya Berat Sesebuah Busur??
Daya berat busur bergantung kepada ciri-ciri berikut
- Panjang Busur
Sebagai contoh busur yang mempunyai thickness 5mm yang panjang 47 Inches menghasilkan poundage yang berbeza dibandingkan dengan busur yang ketebalan (5mm) sama tetapi lebih pendek 45Inches dan bergitulah sebaliknya.
L1 > L2 , P1 < P2
Sketch to be uploaded
Tebal Lelengan (Limb)
- Ketebalan limb menghasilkan poundage yang lebih tinggi berbanding limb yang nipis
Lengkungan Handle
- Lebih lengkungan ke hadapan akan menambahkan poundage pada setiap busur
Lengkungan Siyah
- Siyah yang lebih lengkung juga akan meningkatkan poundage kepada busur
Lengkungan Limb
- Begitu juga limb yang melengkung akan menambahkan poundage.
Secara ringkas elemen di atas adalah faktor penentu kepada beratnya daya tarik untuk sesebuah busur.
Bagi bowyer atau perekabentuk – mereka akan mengawal poundage untuk sesebuah busur dari faktor berikut:
- Atau menipiskan ketebalan limb sekiranya amat berat atau ingin mengekalkan bentuk yg diingini pada busur.
- Menentukan bentuk siyah
- Menentukan bentuk handle
Jadi Tali Bukan lah faktor utama untuk menentukan poundage sesebuah busur. Ianya hanya dibuatkan khas untuk menampung poundage tersedia pada sesebuah busur.
Untuk pembelian, Sahabat semua harus rujuk kepada pembuat busur atau peniaga supaya mendapat kesesuaian poundage dengan diri masing2.
Disini ada disertakan jadual saranan bagi sahabat yang ini membeli busur dengan daya berat tarikan yang bersesuaian sebagai rujukan
Perhatian:
Busur tradisional yang tinggi poundage boleh diturunkan poundagenya dengan sedikit baikpulih pada busur. ( Bergantung kepada jenis busur – dapatkan khidmat nasihat )
Busur yang rendah poundage amat tidak digalakan untuk menambah poundage disebabkan ada mengganggu sistem sedia ada struktur busur, walaupun ianya boleh dibuat tetapi amat mengambil masa dan kos yang tinggi.