Filem Ratu Kala Jengking bersama Arrouha

1
7

Alhamdulillah  diberi kepercayaan oleh Dato A Aida dari penerbitan A Aida Production dalam membantu untuk penyediaan props dan sebagai koreografer untuk menjayakan Filem pertama A Aida Production yang kini sedang dalam proses penggambaran yang berlansung selama lebih kurang sebulan di Kota Tinggi Johor.

 Semasa sidang media.

33727652_1293063910826558_4463494584265080832_nIMG_4523IMG_4535

Antara pelakon yang membintangi filem tersebut adalah haa baca la sendiri kat bawah ni hihi

Sumber :

https://www.hmetro.com.my/rap/2018/03/324528/ratu-kala-jengking-adaptasi-kisah-benar

PENERBIT Datuk A Aida mengakui tidak sabar memulakan penggambaran filem pertama terbitan syarikatnya A Aida Production Sdn Bhd berjudul Ratu Kala Jengking yang menelan kos RM3 juta pada Mei nanti.

Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang berkata, Ratu Kala Jengking arahan Bade Hj Azmi yang diadaptasi daripada satu kisah benar di negeri Johor, akan membuka dimensi baru dalam industri perfileman tempatan.

“Ini filem pertama saya dan sudah tentulah saya mahu memberikan yang terbaik. Ratu Kala Jengking dihasilkan berdasarkan kisah benar wanita bernama Cik Siti Aminah Tanah Mahsyur yang mempunyai 99 suami.

“Dia berkahwin dengan lelaki dan pasangannya pasti akan meninggal dunia pada malam pertama kerana dari mulutnya keluar binatang berbisa iaitu lipan dan kala jengking yang akan membunuh suaminya.

“Tajuk asal cerita ini ialah ‘Scorpion Queen’ kerana saya mahu memasarkannya ke pasaran antarabangsa, tetapi akhirnya ditukar kepada Ratu Kala Jengking. Cik Siti Aminah Tanah Mashyur juga dikenali dengan nama Puteri Keranda dan Puteri Jalang,” katanya.

Aida berkata, sebagai strategi pemasaran, dia sanggup berbelanja besar dengan mengambil 36 pelakon terkenal untuk berlakon.

“Pelakon itu ialah Nadia Brian, Reen Rahim, Ruhainies, Fauziah Nawi, Azrel Ismail, Mas Khan, Fadlan Hazim, Farahdhiya, Eyka Farhana, Raja Azmi, Zul Huzaimy, Datuk Ahmad Tarmimi, Firman dan ramai lagi.

“Firman pula diterbangkan khas dari Indonesia kerana saya mahu filem ini memasuki pasaran di negara jiran nanti,” katanya.

Dia juga mendapatkan nasihat daripada pengarah Syafiq Yusof untuk proses imej janaan komputer (CGI) untuk filem itu.

“Syafiq amat mahir dalam aspek CGI dan bajet ini sebenarnya belum cukup untuk menghasilkan CGI yang menarik.

“Atas nasihatnya, saya ubah suai beberapa babak yang memerlukan CGI antaranya untuk babak akhir. Apapun saya tidak berkompromi dengan kualiti filem ini,” katanya.

Aida mengharapkan sokongan peminat terhadap usahanya dan bukan memperlekehkan filem ini seperti reaksi yang diterima oleh beberapa filem lain sebelum ini.

“Menghasilkan filem begini ibarat satu perjudian kerana kita belum tahu citarasa peminat. Namun, saya percaya karya dan skrip yang bagus akan memikat penonton.

“Saya juga tidak menghiraukan kritikan penonton kerana saya sendiri sudah 30 tahun berada dalam industri hiburan dan itu adalah asam garam yang perlu dilalui.

“Bahkan saya akan jadikan kritikan itu sebagai cabaran untuk menghasilkan filem yang bagus,” katanya.

Menurutnya, jika peminat di Barat boleh menerima karya-karya seperti Snow White, Hulk dan Cindarella, kenapa cerita tempatan tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia sendiri.

“Saya lihat cerita ini seperti ada persamaan dengan kisah masyarakat Malaysia seperti Snow White yang seakan sama kisah Bidasari, manakala Hulk pula seperti Badang.

“Apa salahnya jika usaha ini mendapat sokongan. Saya mahu masyarakat kita ubah sikap ke arah positif daripada hanya pandai mengkritik dan mengecam saja,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Mac 2018 @ 9:48 PM

Ni antara teknik mudah nak buat arrow menggunakan Sudu….wife gue marah katanya habis la sudu aku adoiiii…( sebenarnya sudu kedai RM2 je..)

Tengok bila dah potong apa jadi?? boleh la nak pegi memburu ni

Ni dah siap dah ni

Stunt Kim Fukuzawa

Nadia Brian dan Amar Asyraf

Sesi praktikal

Abg Bade Hj Azmi

 

Semoga Sukses semuanya….kita nantikan dipawagam jangkaan awal tahun 2019

 

zairol daud fb.png

 Call / Whatsapp 

Zairol Daud

Click now +60192781829

>> CLICK NOW!!

 

a1ede-msale

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.