Daurah Pembuatan Busur Di Kota Malang, Jawa Timur

Alhamdulillah Wa Syukurillah

Direzekikan sampai ke Kota Batu, Malang, Jawa Timur.

adalah sebuah kota di Provinsi Jawa Timur, Indonesia. Kota ini terletak 90 km sebelah barat dayaSurabaya atau 15 km sebelah barat laut Malang. Kota Batu berada di jalur yang menghubungkan MalangKediri dan MalangJombang. Kota Batu berbatasan dengan Kabupaten Mojokerto dan Kabupaten Pasuruan di sebelah utara serta dengan Kabupaten Malang di sebelah timur, selatan, dan barat. Wilayah kota ini berada di ketinggian 700-1.700 meter di atas permukaan laut dengan suhu udara rata-rata mencapai 12-19 derajat Celsius.

Kota Batu dahulu merupakan bagian dari Kabupaten Malang, yang kemudian ditetapkan menjadi kota administratif pada 6 Maret 1993. Pada tanggal 17 Oktober 2001, Batu ditetapkan sebagai kota otonom yang terpisah dari Kabupaten Malang.

Sumber :https://id.wikipedia.org/wiki/Kota_Batu

Tujuan kami kesini adalah bagi menziarahi Tuan Guru Syeikh Sufian Nur di pesantrennya dalam mengelola daurah pembuatan busur panahan.

Biografi Ringkas Ustaz Sufian Nur: Beliau adalah Sufian Nur bin Marbu bin Abdullah al-Banjari al-Makki. Adik kepada al-Fadhil Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki. Dibawa keluarga beliau berhijrah ke Mekah ketika beliau berusia 5 tahun. Mendapat mendidikan awal di Mekah. Ketika berusia 14 tahun beliau telah menghafaz al-Quran. Dalam usia 16 tahun beliau sudah mula mengajar dan menjadi imam di beberapa buah masjid di sekitar Mekah. Pernah berkhidmat kepada Musnid ad-Dunya al-‘Allamah Syaikh Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani al-Makki selama 2 tahun.

Selain mendapat pendidikan di Mekah, beliau juga mendapat pendidikan di Mesir dan juga di Hadramaut, Yaman. Kini beliau masih lagi berguru kepada al-‘Allamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syaikh Abu Bakar bin Salim.

Beliau juga adalah seorang yang mahir di dalam pembacaan qiraat yang 7. Seorang ahli ‘ibadah yang tawaddhu. Kini beliau mengendali sebanyak 15 buah pesantren di Indonesia yang jumlah pelajarnya hampir seribu orang. Beliau juga adalah seorang yang memiliki sanad ilmu dan juga sanad al-Quran. Selain dari berdakwah dan mendidik, beliau juga ada menulis, antaranya kitab bertajuk Fath al-Haadi al-Raqiib fi Adillah Fath al-Qoriib al-Mujiib.

IMG-20150423-WA0008

Waktu subuh adalah waktu agak kesejukan..huhu..

Setelah sarapan awal2 pagi selepas subuh…terus Ustaz Sufian dengan penuh bersemangat untuk terus bersiap sedia persediaan daurah pembuatan busur..terus disuruh anak santri2nya pegi cari barang yang kami list kan. Susah mau nyebutnya disini pasal Malaysia cakap lain sana sebutannya lain..waduh…kena tunjuk gambar juga baru boleh..

20150222_080125.jpg

Nindiaa…hidangan simple tapi rasanya MasyaAllah..

Bermulalah Kelas Pertama Pembuatan Busur PVC

Bahan2nya:

  • Pipe PVC ( Pipa)
  • Pita ukur
  • Dapur (kompos)
  • Tali
  • beberapa barang lain2 lagi

Plan seperti lukisan di bawah.

20150222_101955

Selamat mencuba!!!

20150222_100315.jpg

20150222_103813

Ni Jig paling comel…seadanya survival Jig…kat Malaysia mudah nak beli.

20150222_111446

Datang sini adeh macam mana nak buat ni…jadi wujudlah Jig yg cute.

20150222_100848

Lenturan PVC setelah dipanaskan dengan api kompos ( dapur le tu). Harus berhati2 dengan kepanasan dan juga nipiskan perlu kemahiran tangan. Paling tak pun pasti senget.

20150222_082105

Ni kaedah pembuatan busur mengunakan buluh..walaupun kesempatan masa tiada. Kami hanya demo kan sahaja kaedah penyediaan dan penyambungan handle dan siyah. Buluh memerlukan treatment seperti rendaman dalam air pada tempoh minima 30 hari dan antaranya boleh menggunakan penggaraman. Treatment yang  betul akan menghasilkan kualiti buluh agar tidak dimakan seranggan dan juga tidak mudah patah.

20150222_100808

Ini adalah kulit kambing yang terlah dikeringkan. Mata ku tetiba menangkap benda kering tergantung disuatu sudut, kusangkan baju buruk siapa..Kulit kambing yang kering ni boleh digunakan untuk membuat gam organik.

20150222_09411720150222_10031520150222_08162920150222_082114

20150222_120513

Here we go!!! dah siap..ni anak Syeikh Sufian.

20150222_154406

InsyaAllah ketemu lagi…

 

contactUs.png

Arrouha Sports and Outdoors 

No 22, Jalan Mutiara 4/2, Tmn Sri Nanding, 43100 Hulu Langat, Selangor

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.