Teknik Repair Limb Busur Yang Terkopak

0
112

Assalamualaikum wbt,

Salam perpaduan…

Memanah amat menyeronokan apatah lagi memanah bersama kawan2 dihujung minggu..

Tetapi sedang elok2 sedang menarik arrow untuk nak lepaskan arrow tetiba ada kedengaran bunyi KREKKKKK….rupa2nya busur anda telah  TERKOPAK pada bahagian hujung limb..Ya ALLAH..

Apa PERASAAN anda diketika ITU??   seolah2 DILENYAPKAN segala KEGEMBIRAAN bersama keluarga dan rakan2 kan…

So jangan bimbang.. jangan jadikan ini PENYEBAB anda hilang minat dalam akitiviti MEMANAH…

Situasi macam ni kerap berlaku..dan ada penyelesaian yang amat mudah,,

Yang PASTI, ANDA MAMPU MELAKUKANNYA SENDIRI !!! Ya betul.. JOM saya bantu ANDA..

Saya sering menerima Whatsapp juga dari FB msgr utk pertanyaan mengenai ini..dan tak kurang menerima busur2 yang diposkan ke Arrouha untuk dibaik pulih.

Dibawah adalah sebagai contoh Delamination Failure

Bow Category : Recurve

Failure Category : Limb Delamination End

Affected Length : Appx 2 Inches

 

Bahan Yang diperlukan :

1 – Sellotape Tape ( Transparent Adhesive Tape )

2 – Paper Knife

3 – Epoxy Bowsmith

4 – Round File – Smooth ( Kikir Bulat )
5 – Grinder

 

Langkah – Langkah :
  1. Balut tempat kerosakan dengan menggunakan Sellotape ianya untuk mengelakkan dari terkena Epoxy pada bahagian limb
  2. Sediakan Epoxy Bowsmith dengan nisbah bancuhan 1 : 1 , anggaran 5grams + 5 grams kacau dengan sebati sehingga nampak kepekatan terlarut dengan sempurna.
  3. Ratakan bancuhan epoxy ke tempat yang terbukak terutama tempat belahan.
  4. Balutkan Sellotape keseluruhan, dan gunakan lapik yang sesuai ( gambar dibawah adalah EVA foam) untuk diapit dengan menggunakan Apit-G yang bersesuaian size, dengan kadar tekanan yang tidak terlalu kuat.
  5. Biarkan semalaman, epoxy mencapai tahap strength yang diperlukan adalah selama 24jam.
  6. Keesokan hari, bukak apit-G  dan tanggalkan semua balutan sellotape dan bersihkan semua kesan epoxy yang keras pada bahagian yang tidak diperlukan.
  7. Boleh menggunakan grinder untuk hilangkan lebihan epoxy yang kering dan polish menggunakan wax untuk hilangkan kotoran dan mendapatkan permukaan yang bersih dan kilat.

 

 

 

 Call / Whatsapp 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.