Assalamualaikum WBT Sahabat semua..

Ketemu lagi buat kali ini..ya la apa yang nak kongsikan kali ini ye?

Oh ya ada satu isu kecil yang biasanya terbeban pada peniaga online. Mungkin kita tak sedar walaupun sebenarnya benda agak besar bagi peniaga2 yang ada store online dan periuk nasi dorang adalah disitu. Ecommerce ni adalah salah satu industri yang membantu peniaga kecil yang tiada fizikal kedai bahkan kompeni yang besar. Cuba tengok statistik kat bawah yg dilaporkan Malaysian Communication and Multimedia Commision July 2017.

https://www.statista.com/outlook/243/122/ecommerce/malaysia

Lebih dari separuh dari kita membelanjakan wang dengan membuat pembelian terus ditalian.

Jadi sebagai SELLER yang ingin berjaya sebenarnya ANDA amat bertuah dan berpotensi untuk terus berjaya, ONLINE STORE kena betul2 diJAGA rapi. Itu adalah sumber rezeki kita,

Korang mesti pernah shopping kat marketplace seperti LAZADA, SHOPEE, EBAY, Mudah.my, Lelong, Amazon dan sebagainya.

Kalo dilihatkan iklan dalam tu kebanyakan especially store yang branded atau yang bawa jenama besar2 mesti cantik kan iklannya. SELLER yang professional dan teliti akan menyediakan semua info jelas diletakkan supaya tidak mengelirukan BUYER.

Sebenarnya itulah Teknik Pengiklanan iaitu bertujuan;

Sebagai Daya tarikan kepada customer utk click pada iklan

 Semua info jelas supaya tiada misleading dan customer suka akan penerangan yang jelas

Dan untuk nak hasilkan iklan tersebut mahal juga kosnya tau..bukan main letak2 je lepas tu upload.

Juga setengah store untuk marketplace adalah berbayar. Kesungguhan ini dilakukan oleh peniaga online.

ISUNYA APA ??

Ya la isunya sebagai seorang BUYER, sebelum membeli barangan dalam online store ini, silalah BACA sepenuhnya description yang diberikan, semua mengenainya.

Apa yang dijual apa yang dapat

Warna

Fungsinya

Ukuran barangnya ( kalo dapat kena tahu anggarkan MM, CM, METER, INCHES, LBS,adalah apa dan panjangnya bagaimana, beratnya bagaimana)

Jadi sekiranya jelas semuanya barulah buat pertimbangan untuk meneruskan pembelian ditalian.

Supaya SELLER merupakan seorang yang jujur pastinya akan menyediakan items seperti yang diiklankan.

Dan semua ini boleh diperolehi dan dipaparkan pada review customer – Shop Rating.

Dengan ini tidak timbul masalah salah faham sebagai contoh BUYER terus beli tanpa BACA atau BERTANYA kepada SELLER, dan apabila item sampai akan jadi masalah, lalu meletakkan LOWEST RATING. Hanya disebabkan DIRI SENDIRI.

Kesian kan SELLER, yang berharapkan RATING tertinggi sebagai kayu aras untuk customer membuat pertimbangan baik untuk MEMBELI di store mereka.

Anyway kita akan cuba buat yang terbaik untuk membantu semuanya. Sekiranya ada masalah atau tersalah semuanya boleh diselesaikan Insya ALLAH, melainkan ada SELLER yang cuba berlepas tangan. So jenis macam ni terimalah nasib 1 Star forever..

Kami amat memerlukan SOKONGAN dari TUAN / PUAN untuk membantu kami dalam meneruskan legasi seni panahan ini.

Terima kasih tak terhingga kepada semua customer yg sentiasa menyokong esp repeated customer dah jadi macam sahabat karib sering berbual tanya kabar. Semoga semua urusan kalian dimudahkan hendaknya.

Jemput semua singgah di STORE kami di bawah ini…

https://shopee.com.my/arrouhamalaysia

https://www.lazada.com.my/arrouha-archery-malaysia/?langFlag=en&q=All-Products&from=wangpu&pageTypeId=2

Call / Whatsapp 

Zairol Daud

Click now +60192781829

[email protected]

Arrouha Sports & Outdoors Sdn Bhd (1231824-U)

No 22, Jalan Mutiara 4/2, Taman Sri Nanding

43100 Hulu Langat, Selangor

www.arrouha.my

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.